Salam sejahtera kepada semua
ceritera aku pada kali ini adalah tentang pengorbanan yang aku rasa tidak dihargai.
2 hari lepas (1 & 2 april 2011) aku telah pergi berbakti siswa ke sebuah kampung di utara tanah air bersama-sama team universiti . Ini adalah khidmat bakti aku kali ke-3. yang pertama aku pergi ke perkampungan orang asli, yang ke-2 aku ke Kampung Jeniang Kedah, n yang ke-3 Kampung ****** ******. cukup lah sekadar aku memberi nama untuk kampung nie sebagai Kampung K. Aku bukan nak mengunkit khidmat yang aku buat or apa ke. tapi, ini adalah reality yang berlaku kepada kami team-team university.
Hari pertama kami disana segalanya baik-baik saja. Kami disambut baik oleh orang kampung k. ha sebelum kami kesana kami dah sedia maklum yang semua aktiviti yang melibatkan makanan akan dijalankan secara gotong royong. Kami memang tak kisah lah kalau kena tolong-tolong orang kampung memasak, sebab kami tahu ini adalah program bakti siswa, bukan tempat untuk kami melancong. tapi masalah nya pantang seorang ajk kampung tu tengok kami duduk rehat-rehat sekejap, terus dia ambik mike then cakap suruh kami pergi tolong-tolong mak cik-makcik kat dapur tu memasak. padahal mak cik -makcik tu yang suruh kami pergi rehat-rehat sebab dah takdak kerja nak dibuat. selepas sarapan pagi. aktiviti kami diteruskan untuk mengajar budak tadika untuk mendalami konsep (3m). alhamdulillah adik-adik tadika tu berkelakuan baik dan dengar cakap. tapi agak susah lah nak ajar diorg ini. ye la, aku pun mana ada pengalaman dalam mendidik anak-anak nie. so sekarang aku dah ada sedikit pengalaman untuk mengajar budak-budak kecil lagi comel nie.
heeheheh pada sebelah petangnya pula, kami bermain explorace huh!! gler r dia punya aktiviti antaranya kena tangkap katak, lintah, masuk bendang (sawah padi), tangkap itik etc. setelah berhempas pulas menyelesaikan explorace tu. kumpulan aku dapat tempat yang ke-2..tetapi diorang anouns kumpulan kami dapat no 3. adoiyai..hmm xpe la, xkisah pun sebab ini hanya pertandingan saja. just for fun.
selepas explorace tu. ada majlis penyerahan anak angkat. aku dan kawan aku dapat kakak angkat, heheh sebab dia muda, then aku tak sampai hati pulak nak pangil dia makcik. so aku pun pangil la dia sebagai kak. nama dia fatimah. sangat-sangat baik orang nya. sediakan makanan yang sedap-sedap untuk kami. layanan nya boleh dikatakan perfect. i love it. macam keluarga sendiri pulak.
sepatutnya untuk aktiviti malam ada ceramah di surau. tapi aku xdapat pergi, sebabnya rumah kak timah jauh sangat di hujung kampung, so kami tak mau ambik risiko la. yela nama pun tempat orang, kita pun tak kenal lg tempat tu kan. jalan pulak tak ada lampu, so kami pun duduk la kat umah tu.
sok pagi nya kami ada aktuviti pukul 7.30am. kami sampai lewat sikit dalam pukul 7.35 kot. tengok-tengok still tak ada sesiapa pun hanya ada beberapa orang ajk sahaja. dalam hati ku berkata hmm janji orang tak boleh pakai pun. so pagi tu kami bergotong royong menyiapkan sarapan dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak makanan tengahari.
pas siap semua kerja, kami sebagai fasilitator pun terpaksa meningalkan semua kerja-kerja nya untuk memotivasikan adik-adik dari sekolah rendah pula.dah semalam budak tadika, so hari nie pula adik-adik sekolah rendah pula. aku tak taw la kenapa, tetapi adik-adik dari kampung tu agak permalu sangat-sangat. suruh main game tak mau, suruh bercakap tak mau. semua diorang tak mau buat. aku pun dah mati kutu nak buat apa. sebab aku pun masih kurang pengalaman dalam bidan fasilitator nie. hmmm tapi sebelum nie aku dapat pulak nak handle budak-budak. myb nasib aku kali nie tak beberapa baik kot.
selepas 3jam bersama adik-adik sekolah rendah tu. kami pun dibenarkan untuk turun makan. rupa-rupanya orang lain kat bawah tu dah siap habis makan pun. nasib baik ada lagi makanan untuk kami nie ha. perut dah berkeroncong da. tetapi kite kena pikir pasai adik-adik sekolah rendah tu dulu. aku tolong lah cedok lauk untuk adik-adik yela diorang tu kecik-kecik, sebab diorang tak sampai nak menyedoknya. sedang syok ja aku menyedok untuk adik-adik tu tibe-tibe datang seorang pak cik nie dia nak lauk, so aku pun nak cedok la untuk dia sekali, niat aku baik taw. last-last dia tarik senduk dari tangan aku then cakap "engkau bukan tahu pakcik nak apa" adoiyai pakcik oiiii tak boleh bersopan sikit ka? nak suruh orang hormat ko, tapi ko sendiri tak boleh nak hormat orang. lepas dia tarik senduk tu, aku teruh naik angin, tapi agak-agak la, tak kan la aku nak sembur pakcik tu kat situ jugak. so aku belah la, membawa perasaan bengkek aku tu. then aku pergi makan dengan kawan-kawan aku. itu lagi baik daripada layan orang yang @$%^$&.
selapas siap semuanya, kak timah suruh aku hantaq anak dia balik, sebab dia kena memasak kat dapur. so aku yang agak seram sejuk pun bawak la moto dengan membawa dua orang anak kak timah dan kawan aku. 4 orang semua nya atas moto. rrrr sebelum ini aku pernah bawak moto sendirian ja, tanpa pembonceng. takot jugak silap-silap hari bulaan masuk la kami dalam bendang yang ada di kiri dan kanan jalan tu. pas siap-siap solat dan rehat-rehat kejap, kami keluar rumah naik moto berdua, ke tempat untuk sukaneka. time kiteorang sampai masing-masing dah buat muka tegang da. aku pun pelik jugak pasai pa diorang nie. semacam ja. rupa-rupanya diorang kena marah dengan ajk kampung tu. aku pikir marah-marah biasa je. rupa-rupanya diorang kena marah depan-depan oang ramai paki mike pulak tu, depan budak tadika, budak sekolah rendah, orang-orang kampung, adoiyai malu kot, masa aku sampai ke tapak sukaneka, ajk kampung tu tengah pegang mike then dok marah-marah ajk universiti. dat mean aku pun ter involve sekali la. adoiyai malu siot!! ye la kite orang korbankan masa study kiteorang, masa rehat kiteorang untuk berbakit dan menolong buat aktiviti kat kampung diorang. last-last nie je yang kami dapat. bukan nak kata kami nie tak boleh dimarah, tapi klu nak marah kami sebab tak puas hati dengan program kami, pangil kami semua jauh dari orang kampung lain, then marah la kami. nie tak. terus sembur kami depan adik-adik yang kami tolong motivasikan tadi. habis apa lah budak-budak tu fikir pasai budak universiti nie. nak motivasikan orang, tapi diorang sendiri tak betoi. aku tak taw la nak letak muka aku nie kat mana time ajk tu marah-marah ajk universiti. then semua aktiviti yang kami rancangkan habis semua dia tukar, dia buat ikot cara dia. adoi.. lebih baik ko buat program sendiri, tak payah suruh kiteoran susah -susah bersenagkan mata untuk buat program untuk ko!!! aku tak akan pergi ke kampung tu dah!! cukup lah sekali kami semua bagai di bogelkan depan orang ramai. semoga ko sedar la. kami nie seposen pun tak dapat taw bila buat program-program kemana-mana saja. cuma yang kami nak perhargaan ja. itu pun susah ke?
fikir-fikirkan la.
fikir-fikirkan la.