Wednesday 11 May 2011

4 in the morning

Waking up to find another day
The moon got lost again last night
But now the sun has finally had it's say
I guess I feel alright

But it hurts when I think
When I let it sink in
It's all over me
I'm lying here in the dark
I'm watching you sleep, it hurts a lot
And all I know is
You've got to give me everything
Nothing less cause
You know I give you all of me

[CHORUS]
I give you everything that I am
I'm handin' over everything that I've got
Cause I wanna have a really true love
Don't ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
And I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we're gonna do it, come on do it right


All I wanted was to know I'm safe
Don't want to lose the love I've found
Remember when you said that you would change
Don't let me down
It's not fair how you are
I can't be complete, can you give me more?
And all I know is
You got to give me everything
And nothing less cause
You know I give you all of me

[CHORUS]
I give you everything that I am
I'm handin' over everything that I've got
Cause I wanna have a really true love
Don't ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
And I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we're gonna do it, come on do it right

Oh please, you know what I need
Save all your love up for me
We can't escape the love
Give me everything that you have

And all I know is
You got to give me everything
And nothing less cause
You know I give you all of me

[CHORUS]
I give you everything that I am
I'm handin' over everything that I've got
Cause I wanna have a really true love
Don't ever wanna have to go & give you up
Stay up till Four In The Morning & the tears are pouring
And I want to make it worth the fight
What have we been doing for all this time?
Baby if we're gonna do it, come on do it right

(Give you everything)
(Give you all of me)

Thursday 5 May 2011

koQa oh koQa

salam sejahtera semua
aku xtw la nape tapi
hari ini aku baru tegerak hati untuk menulis pasai sekor haiwan peliharaan ak nie...
koQa dah mati.. :.(
mingu lepas dia mati.. sebenarnya dia da lama da sakit.. 
sakit apa pun ak xsure la.. aku igt lagi masa mula2 aku perasan dia sakit hari isnen 11 hb 4. masa tu aku baru bangun tdo..kebiasaanya bila aku bangun tdo trus g bagi koQa ngn Qiko makan..masa aku datang dekat aquarium tu.hanya Qiko ja datang dekat aku. masa aku bagi makan koQa xberegak pn..ak hulurkan tangan saja nak mgusik dia..tapi dia xbegerak jgk. masa tu ak pk dia da mati da..aku pe lg..menagis trus kat situ jgk..koQa pasai pa? jangan la mati.jangan la mati.ak pegang2 kepala dia..tnagan dia .kaki dia..smbil ngns.tp xder respond ..waaa..sedeh toi..ak call mak aku..ak cter la kat dia..mak aku cakap try biaq dia dlu..lepas dlm aquarium dlu..ak lepas koQa dalam aquarium tu.. then dia ada bgerak2 sikit2. fuhhh lega tapi koQa still xmau makan. bah bermingu2 dia xmakan. aku pun dah mati kutu da. ak cek dia pn ak xtw ncm mana. tp aku ada perasan ada lendir2 kat mulut dia. gaya dia selalu bukak mulut tu macam dia terlekat somting.. tapi bila aku suluh ngn touchlight xder menda pn..akhirnya koQa telah meningalkan aku nan kiQo.. kiQo xder teman da huahuahuahua :((

Monday 4 April 2011

apabila pengorbanan tidak dihargai

Salam sejahtera kepada semua 
ceritera aku pada kali ini adalah tentang pengorbanan yang aku rasa tidak dihargai.
2 hari lepas (1 & 2 april 2011)  aku telah pergi berbakti siswa ke sebuah kampung di utara tanah air bersama-sama team universiti . Ini adalah khidmat bakti aku kali ke-3. yang pertama aku pergi ke perkampungan orang asli, yang ke-2 aku ke Kampung Jeniang Kedah, n yang ke-3 Kampung ****** ******. cukup lah sekadar aku memberi nama untuk kampung nie sebagai Kampung K. Aku bukan nak mengunkit khidmat yang aku buat or apa ke. tapi, ini adalah reality yang berlaku kepada kami team-team university. 
Hari pertama kami disana segalanya baik-baik saja. Kami disambut baik oleh orang kampung k. ha sebelum kami kesana kami dah sedia maklum yang semua aktiviti yang melibatkan makanan akan dijalankan secara gotong royong. Kami memang tak kisah lah kalau kena tolong-tolong orang kampung memasak, sebab kami tahu ini adalah program bakti siswa, bukan tempat untuk kami melancong. tapi masalah nya pantang seorang ajk kampung tu tengok kami duduk rehat-rehat sekejap, terus  dia ambik mike then cakap suruh kami pergi tolong-tolong mak cik-makcik kat dapur tu memasak. padahal mak cik -makcik tu yang suruh kami pergi rehat-rehat sebab dah takdak kerja nak dibuat. selepas sarapan pagi. aktiviti kami diteruskan untuk mengajar budak tadika untuk mendalami konsep (3m). alhamdulillah adik-adik tadika tu berkelakuan baik dan dengar cakap. tapi agak susah lah nak ajar diorg ini. ye la, aku pun mana ada pengalaman dalam mendidik anak-anak nie. so sekarang aku dah ada sedikit pengalaman untuk mengajar budak-budak kecil lagi comel nie. 
heeheheh  pada sebelah petangnya pula, kami bermain explorace huh!! gler r dia punya aktiviti antaranya kena tangkap katak, lintah, masuk bendang (sawah padi), tangkap itik etc. setelah berhempas pulas menyelesaikan explorace tu. kumpulan aku dapat tempat yang ke-2..tetapi diorang anouns kumpulan kami dapat no 3. adoiyai..hmm xpe la, xkisah pun sebab ini hanya pertandingan saja. just for fun. 
selepas explorace tu. ada majlis penyerahan anak angkat. aku dan kawan aku dapat kakak angkat, heheh sebab dia muda, then aku tak sampai hati pulak nak pangil dia makcik. so aku pun pangil la dia sebagai kak. nama dia fatimah. sangat-sangat baik orang nya. sediakan makanan yang sedap-sedap untuk kami. layanan nya boleh dikatakan perfect. i love it. macam keluarga sendiri pulak.
sepatutnya untuk aktiviti malam ada ceramah di surau. tapi aku xdapat pergi, sebabnya rumah kak timah jauh sangat di hujung kampung, so kami tak mau ambik risiko la. yela nama pun tempat orang, kita pun tak kenal lg tempat tu kan. jalan pulak tak ada lampu, so kami pun duduk la kat umah tu. 
sok pagi nya kami ada aktuviti pukul 7.30am. kami sampai lewat sikit dalam pukul 7.35 kot. tengok-tengok still tak ada sesiapa pun hanya ada beberapa orang ajk sahaja. dalam hati ku berkata hmm janji orang tak boleh pakai pun. so pagi tu kami bergotong royong menyiapkan sarapan dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak makanan tengahari.
pas siap semua kerja, kami sebagai fasilitator pun terpaksa meningalkan semua kerja-kerja nya untuk memotivasikan adik-adik dari sekolah rendah pula.dah semalam budak tadika, so hari nie pula adik-adik sekolah rendah pula. aku tak taw la kenapa, tetapi adik-adik dari kampung tu agak permalu sangat-sangat. suruh main game tak mau, suruh bercakap tak mau. semua diorang tak mau buat. aku pun dah mati kutu nak buat apa. sebab aku pun masih kurang pengalaman dalam bidan fasilitator nie. hmmm tapi sebelum nie aku dapat pulak nak handle budak-budak. myb nasib aku kali nie tak beberapa baik kot. 
selepas 3jam bersama adik-adik sekolah rendah tu. kami pun dibenarkan untuk turun makan. rupa-rupanya orang lain kat bawah tu dah siap habis makan pun. nasib baik ada lagi makanan untuk kami nie ha. perut dah berkeroncong da. tetapi kite kena pikir pasai adik-adik sekolah rendah tu dulu. aku tolong lah cedok lauk untuk adik-adik yela diorang tu kecik-kecik, sebab diorang tak sampai nak menyedoknya. sedang syok ja aku menyedok untuk adik-adik tu tibe-tibe datang seorang pak cik nie dia nak lauk, so aku pun nak cedok la untuk dia sekali, niat aku baik taw. last-last dia tarik senduk dari tangan aku then cakap "engkau bukan tahu pakcik nak apa" adoiyai pakcik oiiii tak boleh bersopan sikit ka? nak suruh orang hormat ko, tapi ko sendiri tak boleh nak hormat orang. lepas dia tarik senduk tu, aku teruh naik angin, tapi agak-agak la, tak kan la aku nak sembur pakcik tu kat situ jugak. so aku belah la, membawa perasaan bengkek aku tu. then aku pergi makan dengan kawan-kawan aku. itu lagi baik daripada layan orang yang @$%^$&.
selapas siap semuanya, kak timah suruh aku hantaq anak dia balik, sebab dia kena memasak kat dapur. so aku yang agak seram sejuk pun bawak la moto dengan membawa dua orang anak kak timah dan kawan aku. 4 orang semua nya atas moto. rrrr sebelum ini aku pernah bawak moto sendirian ja, tanpa pembonceng. takot jugak silap-silap hari bulaan masuk la kami dalam bendang yang ada di kiri dan kanan jalan tu. pas siap-siap solat dan rehat-rehat kejap, kami keluar rumah naik moto berdua, ke tempat untuk sukaneka. time kiteorang sampai masing-masing dah buat muka tegang da. aku pun pelik jugak pasai pa diorang nie. semacam ja. rupa-rupanya diorang kena marah dengan ajk kampung tu. aku pikir marah-marah biasa je. rupa-rupanya diorang kena marah depan-depan oang ramai paki mike pulak tu, depan budak tadika, budak sekolah rendah, orang-orang kampung, adoiyai malu kot, masa aku sampai ke tapak sukaneka, ajk kampung tu tengah pegang mike then dok marah-marah ajk universiti. dat mean aku pun ter involve sekali la. adoiyai malu siot!! ye la kite orang korbankan masa study kiteorang, masa rehat kiteorang untuk berbakit dan menolong buat aktiviti kat kampung diorang. last-last nie je yang kami dapat. bukan nak kata kami nie tak boleh dimarah, tapi klu nak marah kami sebab tak puas hati dengan program kami, pangil kami semua jauh dari orang kampung lain, then marah la kami. nie tak. terus sembur kami depan adik-adik yang kami tolong motivasikan tadi. habis apa lah budak-budak tu fikir pasai budak universiti nie. nak motivasikan orang, tapi diorang sendiri tak betoi. aku tak taw la nak letak muka aku nie kat mana time ajk tu marah-marah ajk universiti. then semua aktiviti yang kami rancangkan habis semua dia tukar, dia buat ikot cara dia. adoi.. lebih baik ko buat program sendiri, tak payah suruh kiteoran susah -susah bersenagkan mata untuk buat program untuk ko!!! aku tak akan pergi ke kampung tu dah!! cukup lah sekali kami semua bagai di bogelkan depan orang ramai. semoga ko sedar la. kami nie seposen pun tak dapat taw bila buat program-program kemana-mana saja. cuma yang kami nak perhargaan ja. itu pun susah ke?
fikir-fikirkan la. 

Sunday 27 March 2011

Ditakdirkan utk bertemu tp kita tak dijodohkan bersama...

Jangan di ucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

(Korus)
Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
(Ulang korus)
Jangan di ucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku


Tuesday 22 March 2011

:: Hari KEHANCURAN ::

by TheMen OfPen on Sunday, February 13, 2011 at 7:20pm


 Gambaran Hari Qiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil. 


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 




✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.
 
Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday 10 March 2011

my cuties pets


[my cuties turtle]



koQa nie da brusia 30 hr dlm jagaan ak..hhehhe..mbela pets nie mmg best.. tp kena bnyk komitmen la. kena tukaq ayaq tiap 2 hr skx. kena bg mkn cukup jam. yg best nya koQa ak nie kenai tuan dia..hahahaah bangga nya ak. asal ak balik je mesti dia tgu dpn aqauarium. (sbb dia lapaq sbnrnya heee).. koQa nie kuat makan betoi. tp bila kte tencen2 kn then tgk gelagat pets nie. bly ilang tencen o. so kepada sesiapa yg selallu tencen2 study je..bela la pets. kompem idop korg bhagia..ahahahah ^-^


ha lg satu koQa ak nie pandai posing..heheehh pantang nmpk kamera. dr dok bekejar2 ran. trus dok senyap tok pastikan pic dia cantik. wah da mcm tuan dia da..^-^